Abadikah cinta..kalau hati sering ditinggal resah..?

   







::::Blog Kunjungan::::

*klubbkidd*
*camar sepi*
*diari superman*
*joeperantau*
*ruffirrah*
*kak nurDia*

::::Laman Kunjungan::::

*HUKM Library*
*youtube*
*mawifc*
*UIAM*
*UKM*
*SPA*

numenmail.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




RSS Atom
rss feed




Tuesday, March 27, 2007
ha ha ha..

Assalamualaikum..

dah bersarang dah blog ni. jangan kata tetamu, tuan rumah pon dah lama tak jenguk rumah sendiri. bz tau..siang kelas, petang keje..malam membuta..pastu bila tersedar mengutuk diri sendiri baru kelam kabut nak buat assignment yang semakin membukit pulak banyaknya. letih tau. rasanya kena makan vitamin c ni. bagi tambah tenaga. tapi tidakla pulak berat badan menurun, makin bertambah berat ada.

ya..itu sume salah kek2 dan roti2 yang dah jadi makanan rutin aku sekarang. yelah, kalau dah keje kat kedai kek..dah tentu itu yg aku makan. tambah2 pulak, kat sini, makan free..roti dan kek..tapi makan kat kedai je la..kalau bawak balik, kena la bayar..tu pun dapt diskaun lagi. sebab tu sekarang ni dah jadi dealer roti plak..classmate hari-hari pesan bawak roti. kadang-kadang mak-mak orang tu pesan bawak kek..ye..mungkin itu yg membuatkan hati jadi senang. so..u all kalau nak order kek ke..nak beli kek kawin ke..tunang ke..apa-apa je la..buleh la datang kat kedai ni..KEDAI KEK SEGAR, kat fasa 4 tambahan bandar baru bangi. mcm-macam lagi u all boleh beli/order..cheese tart, donut. kalau opis u all ada buat makan-makan dan tak tahu nak sediakan apa untuk makanan ringan..buleh order kat kedai ni. selalu org g'ment order cheese tart kalau diorg ada meeting.

apa lagi nak cerita ye?

tak adalah...nanti-nanti la borak lagi..

wassalam..

 


Posted at 01:15 am by chentaabadi
Make a comment  

Friday, December 15, 2006
iklan menaip

Assalamualaikum

hemm..ada ke sapa-sapa yang malas nak taip assignment? elok sangat la tu..sebab aku sekarang amik upah menaip assignment/tesis/apa-apa dokumen la. upahnya tak mahaaalll...korang boleh check kat sini untuk maklumat lanjut yeee


Posted at 07:02 pm by chentaabadi
Make a comment  

Friday, December 08, 2006
rajin pulak..

Assalamualaikum

hari ni aku rajin. menyapu, mop, buang sawang, halau lipas, kemas dapur...hahaha...tapi aku belum buat semua tu lagi. bakal nak buat. rajin jugak la kiranya kan...

hari tu kawan aku cerita. anak jiran dia kena sawan, so jiran lagi satu bergegas le dukung anak orang tu ke klinik kat depan taman ni je. yang hairannya bukan maknya yang dukung, jiran aku tu yang bergegas dukung budak tu ke klinik sebab masa tu siang. bapak-bapak orang sume ke keje la. kat tengah jalan, kebetulan jiran lagi sorang baru balik dari mana tah..drive..dia offer anta ke klinik..sampai klinik doktor kata tak boleh jadi, kena antar hospital jugak..

persoalannya...di manakah mak budak itu???

rupa-rupanya orang sibuk-sibuk gegas-gegas risau-risaukan anak dia, dia kat rumah dok sibuk betul-betulkan tudung lagi..orang lain dah antarkan anak dia ke klinik, dah bayarkan bil, dah bawak balik semula ke rumah nak antar ke spital..dia masih dok ngan tudung dia lagi...aiiyooo...

ada jugak orang mcm ni..ehh ni kira ngumpat ke...ehhh..


Posted at 07:08 am by chentaabadi
Make a comment  

Thursday, December 07, 2006
mahligai bernama cinta

~~Mahligai bernama cinta~~farish

Padamu kuserahkan
Suatu yg bernama cinta

Kupeluk jasadmu
Dalam bayangan
Biar tak terasa
Namun ku bahagia
Resahku Berlalu
Rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi
Memutik kenyataan

Tersentuh di jiwa
Terkesan di hati
Kemelut nan melanda
Diminda ku ini
Ingin ku katakan
Tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati
Menjadi benci

Satukan dua jiwa ini
Di mahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan kaulah segalanya
Kasih dapatkah kau mengerti
Apa yg tersirat di hati
Bkn gurauan satu kebenaran

Nyata impianku bukan khayalan
Kesabaran kini ternyata ber erti
Kesetiaanku telah dihargai
Kujanjikan kebahagiaan tuk selamanya

Tabahkanlah hatimu oh kasih
Mengharungi dugaan
Kutetap disisimu oh kasih
Usah kau curiga
Percayalah sayangku

buat masa sekarang, ni le lagu fav aku..sampai adik aku pun dah naik bosan aku asyik ulang2..je..lagu yang aku embed kat blog ni le..enjoyy..


Posted at 07:58 am by chentaabadi
Make a comment  

Tuesday, December 05, 2006
sunyi. sepi

Assalamualaikum

semalam, temankan fad ke salon, dia buat mandi wap. maklumlah..orang bakal bergelar raja sehari, macam pengantin yang lain jugak. yang bestnya, dia offer aku buat mandi wap jugak..tapi aku pilih buat facial. jadi memang lah seronok buat facial ni..lebih lebih lagi percuma...:D

aku sunyi.

aku sunyi sangat.

kadang-kadang, aku fikir, entahlah..

aku cuba, jadi insan yang memahami..sebaik mungkin. memberi masa. memberi ruang. tapi semuanya bagai menambah jurang.

kalau akhirnya nanti aku ditinggalkan...pun aku redha.

sebab aku selalu berdoa, apa juga keadaannya, biarlah aku jadi orang yang redha. supaya aku mudah menerima hakikat sesuatu keadaan. supaya aku senang menerima ketentuan takdirnya.

aku cuba sedaya upaya, mewujudkan suasana perhubungan. tapi mungkin bukan itu yang dia mahukan. dia mahukan ketenangan, dia mahukan ruang. dia mahukan masa. dia mahukan aku memahami. aku cuba. aku cuba memahami. aku cuba memberi ruang. aku cuba memberi masa. tapi kadang-kadang, aku juga mahu dia tahu, aku mahu dia hadir dalam hidup aku, bukan sekadar dalam ingatan. aku mahu dia sering menjenguk dalam kotak hati, memberi petanda aku masih dimahukan.

tapi kalau ini yang dia mahu, aku turutkan. maka, aku akui, aku sudah berputus asa, aku sudah mengaku kalah. aku sudah letih meraih perhatiannya. aku sudah lelah menghiburkan hati sendiri. panggilan tempoh hari, biarlah ia menjadi panggilan terakhir dari aku..sms tempoh hari, biarlah menjadi yang terakhir dari aku.

kalau masih ada rasa kasih dalam hatinya.

kalau masih ada rasa sayang dalam jiwanya.

kalau masih ada ingatan dalam fikirannya.

aku berikan masa yang dipinta,

aku berikan ruang yang dipinta.

aku berikan ketenangan yang dipinta.

cinta jangan dipaksa.


Posted at 08:54 pm by chentaabadi
Comment (1)  

Sunday, December 03, 2006
apa-apa je..

Assalamualaikum

sekejap je cuti dah nak abis ye..ehm..semalam tak lama lepas online tu, dapat panggilan dari salah satu klinik tu, suruh datang interview. masa dia call tu, jam 9 pagi, aku minta dia masa setengah jam..lepas tu siap-siap ala kadar, baru teringat tak ada resume yang printed punya. dah abis. printer kat rumah pulak cable nya hilang. fikir-fikir, nanti aku singgahlah kat kedai fotostat..print resume. lepas tu baru aku terfikir..kerja pembantu klinik pun nak resume sijil-sijil bagai semua ke??? sudahnya aku bawak je la sijil yang original, in case kalau orang tu nak tengok. masa sampai ada sorang ni pun nak interview jugak agaknya. Dr. tu tanya jam berapa aku boleh kerja, sampai bila, boleh ke kalau keje weekdays..semua-semua tu la...jawapan aku semuanya 'boleh'....itu cerita hari jumaat..

semalam keluar dengan fadil, pergi ampang rumah maz. saja jumpa dia, borak-borak..sebab time raya langsung tak ada peluang nak jumpa. sambil tu fadil bagi kad jemputan dia sekali. ehmm..macam-macam la yang dibualkan..termasuklah kisah sendu aku tu...

sampai rumah dah pukul 8 malam...

hari ni sedara datang, ganti la..sebab masa raya dia tak dtg rumah aku, tak sempat. eh..baru teringat...raya baru ni tak prgi rumah jiran sebelah aku ni..hihi...dia pun tak dtg rumah aku..entahlah, kami ni sibuk sangat agaknya kan sampai rumah jiran sebelah puunn tak sempat nak ziarah...

apa-apa je laa


Posted at 01:05 pm by chentaabadi
Make a comment  

Friday, December 01, 2006
menghitung hari

Assalamualaikum

akhirnya semalam berjaya menggagahkan diri ke hukm..sebab sebelum ni teramattt malasnyaaa...jadi semalam pergi pulangkan buku..cadangnya nak pinjam buku, nak belek-belek untuk subjek sem depan tapi terlupa bawak list subjek sem depan. pergi department, tengok kalau-kalau ada pengumuman penting. eh..pengumpulan data mulan bulan Dis ni? eh..? cepatnya...ga..ga..abislah..bahan tak cukup lagi ni. pergi library guna pc..terserempak dengan classmate..tanya pasal research..haha....dia kata cuti ni dia tak nak pikir langsung pasal benda tu semua...

lepas tu pusing-pusing kejap..cari kalau-kalau ada kerja kosong..ada le dua klinik nak pakai orang. tinggal nama dengan phone no. je. balik rumah tengok bubur jagung ada lagi semangkuk. letak dalam peti sejuk, tunggu dia sejukkkkk baru makan...ya Allah...sedapnya...Alhamdulillah...

aku menghitung hari.

tapi bukan hari aku. hari kawan baik aku, fadil. tak lama lagi, fadil bakal bergelar isteri. aku gembira untuk dia. tapi dalam masa yang sama...macam ada perasaan sedih..sedih sebab lepas ni aku tau, keadaan takkan lagi sama..dia akan ada kehidupan baru. begitulah lumrahnya kan..setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. walaupun cuma sahabat baik...tapi tetap terasa jugak..sebab dia adalah satu-satunya kawan yang paling aku percaya. bukan tak ada kawan lain. tapi setiap dari kita, walau ada beribu kawan, kita tetap akan pilih seorang yang kita rasa, stand out berbanding yang lain. tapi semua pun kawa-kawan aku sayang....sayang sangat...setiap kali sampai jodoh diorang, tetap ada rasa kehilangan. aku teringat lagi masa nemah bertunang. entah kenapa lah, masa tu, aku rasa down sangat, aku tak pergi majlis tunang dia. semua kawan-kawan hadir, aku je yang memilih untuk mengasingkan diri. lucunya, diorang semua ketawa bila nemah kata aku bukan tak dapat datang, tapi aku tak nak datang. semua pun merungut, kata bukan aku seorang saja yang terasa sedih. tak apalah...masa nemah nikah aku balas balik, aku datang pagi dengan fadil, saksikan majlis pernikahan dia..

majlis fadil nanti dibuat di Kedah. aku sedang berfikir-fikir nak ke sana. tapi tak mungkin drive, mungkin dengan bas, atau keretapi. jadi kenalah berbincang dengan kawan-kawan lain. jadi sekarang aku menghitung hari..hari-hari terakhir dengan dia..besok, insyaAllah..keluar dengan dia..mungkin kali terakhir keluar berpoya-poya bersama? selama ni, aku dan fadil banyak berkongsi kisah-kisah kegagalan kami dalam perhubungan..aku fikir, nanti aku nak buat satu entry khas tentang persahabatan aku dan dia...lepas dia kawin nanti...ah...sedihla...

sedihla...

sedihla...

sedihla...


Posted at 06:53 am by chentaabadi
Make a comment  

Thursday, November 30, 2006
bubur jagung & spaghetti

Assalamualaikum

semalam adalah hari mengasah bakat memasak. yeyy!! nampaknya sudah ada kemajuan (pujilah diri sendiri). jadi, mari kita memasak bubur jagung.

bahan-bahannya:

1 paket jagung

1 tin jagung manis (dalam bentuk krim)

santan (setengah biji)

sedikit biji sagu

sedikit garam

gula

* Masakkan jagung dengan santan, santan jangan terlalu pekat. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah lemak. Masukkan jagung manis, kacau lagi. garam. gula. sambil-sambil tu rasa la, kalau tawar, tambah lagi gula.

* Jangan lupa daun pandan ye.

* Bila sudah mendidih, masukkan biji sagu, tutup api.

PERINGATAN!!

ini adalah resepi dari orang yang kurang pandai memasak. kalau agak-agak tak jadi tu...he...pandai-pandai la nak buat macam mana yekk..

hari ni nak ke hukm, pergi library, pulangkan buku, pinjam buku lagi. 2006! cepatnya masa berlalu. menjengah 2007! ah...tua sudah..tapi kenapa pertambahan usia tak seiring dengan kematangan akal, kematangan fikiran? terlalu selesa barangkali ye. kadangkala kesenangan buat manusia terbuai. barangkali juga ada kesusahan tapi disebabkan fikiran yang singkat, maka kesusahan ditanggapi dengan akal yang tidur. ?????

Apa perkara yang selalu buat anda rasa terharu, rasa sesuatu yang tak boleh diucapkan?

1. bila lihat wajah atuk. entah lah. rasa macam ada sesuatu bila tengok wajah tua atuk. terutamanya bila atuk ketawa. bila atuk termenung. sejak kebelakangan ni, atauk selalu termenung. macam ada sesuatu. macam, bila tengok muka atuk..dalam hati terdetik.."tuanya atuk.."..ibu kata, setiap kali dia tengok muka atuk, setiap kali teringat atuk, mesti rasa nak menangis....

2. bila tengok kereta kancil aku yang tak macam kereta orang lain. kesian lah dia sebab dapat tuan yang tak mesra kereta macam aku ni. aku rasa dia mesti cemburu tengok kawan-kawan dia cantik berkilat. ah..lelaki je yang sayang kereta ni. perempuan tahu bawak saja...

3. bila lalu sekolah lama. waaaa...banyaknya nostalgia. setiap kali aku, fadil, lin lalu depan SAMTEN, terimbas semua kenangan 10 tahun lalu...10 tahun??? ah...sudah dimakan usia aku ini. dan 10 tahun kalau dikira dari umur 17...kenangan bermula dari usia 13...uhh...rasanya macam baru semalam aku masuk darjah 1. sekolah memang seronok, apalagi kalau duduk asrama. sampai sekarang, few of my best friends..semuanya kawan sekolah. terlalu banyak kenangan manis, kenangan kurang manis di samten ni. biar aku ingat balik, apa yang buat aku rindu kan zaman hingusan ni..ya..dewan makan berserta pekerja indonnya...dorm B2 tercinta...kolam mandi..dewan az-zamakhsyari..makmal sains (aku suka duduk tepi sink supaya senang main2 air waktu ngantuk)...yang paling best...bau semerbak tahi lembu belakang aspuri...ehm...harrruuuummmm...ahh..those were the dayss...

4. Bila tengok akaun bank...huhu....sedihnya aku..

jadi, bagaimana dengan anda??


Posted at 07:47 am by chentaabadi
Make a comment  

Wednesday, November 29, 2006
sayang

Dalam hati, selalu bertanya. selalu bersoal jawab. apa maknanya SAYANG? kata keramat ini, bila diucapkan, mudahkah di telan, sepantas kita meluah. dan adakah sayangnya hanya pada kata-kata...tidak tertancap dalam hati? aku selalu mengusik ibu, dalam tiga orang anak, siapa yang paling dia sayang? aku, atau adik-adik. ibu selalu persoalkan, kenapa perlu ditanya. kesemuanya lahir dari ruang yang satu. kesemuanya mendiam 9 bulan dalam kamar yang sama. kesemuanya melihat dunia, berserta rasa sakit yang tidak terucap. kadang-kadang, aku sengaja bertanya. sebanyak mana ibu sayangkan aku? ibu takkan jawab, sebab itu cuma soalan nakal seorang anak.

Sayang pada diri sendiri. Sayang pada ibu, pada ayah. Sayang adik-adik. Sayang pada keluarga yang lain. Sayang pada harta benda. Sayang pada semua. Kalau sayang pada si dia, bagaimana? Perlukah kata-kata manja? Perlukan diungkapkan kata SAYANG setiap masa, setiap ketika? Tapi, walau apa pun alasan...perlukah menjauh? Sayangkah kalau menghindar? Kadangkala, kita merasa kita sudah cukup mengenali dia. Sedangkan ternyata, tidak sedikit pun tentang dia yang kita fahami. Sering, kita merasa kita punya hak untuk mempertahankan, walhalnya, bagaimana mahu mempertahankan sesuatu yang bukan milik kita? Aku mahukan sedikit perhatian, sedikit perhatian, sedikit perhatian, sedikit perhatian. Aku mahukan sedikit perhatian, tak banyak. Kerana banyaknya waktu yangterlewat dengan aku sendirian. Mungkinkah ada salahku yang tak terampun, lantas aku dihukum?

Ternyata perasaan sayang sering mengalahi akal..


Posted at 11:09 am by chentaabadi
Make a comment  

Tuesday, November 28, 2006
selamat hari lahir

yeyy

selamat hari jadi

selamat hari jadi

selamat hari jadi

selamat hari jadi...........

hari ni 29 november 2006, genap usia abang yg ke 25. abang lahir setahun lepas aku. sebab usia yang sangat rapat, jadi aku tak ingat sangat macam mana keadaannya kami membesar sama-sama. cuma bila dalam umur 5 tahun, aku banyak habiskan masa dengan makcik lain, abang dengan makcik lain. abang ni berbeza sangat perangainya dengan aku dan adik. dia pendiam. penjimat. pengemas. jadi aku dan adik adalah bertentangan dengan semua tu..hehe...dari kecil sampai besar, dia tak pernah gemuk, slim je. beza sangat dengan aku dan adik. aku dengan adik, pernah gemuk....errr...pernah kurus. ha??? adik la. aku tak. jadi walaupun dia tak baca blog ni, aku tetap nak ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran ke 25. semoga berbahagia. walaupun dia belum lagi memekak kat telinga suruh aku kawin cepat, aku tau dia mesti rasa bersalah je kalau dia langkah bendul. tinggalkan aku sorang-sorang...waaa...nak kawin..(eisshhhh....)

tol

baca paper hari ni, tol bakal naik lagi, salah satunya tol laluan tetap aku, grand saga cheras tu. nampaknya dengan kenaikan harga tol, bukan saja belanja harian pun naik, malah berat badan aku pun akan naik juga nampaknya. yang satu ni, belum pernah mau turun. tension tau. orang lain kalau tengah sedih, akan tak ada selera makan. aku bila sedih, bila rasa macam lonely je, mulalah akan makan banyak lebih dari biasa. sebab bila kita tengah sedih, kita akan ada lebih banyak masa untuk termenung. kalau gembira, kita jadi energetik kan? jadi kurang masa untuk termenung. dan dah semestinya, kiraan Berat Badan Ideal aku, atau pun BMI aku, tentu sekali lah tak ideal. > 25. boleh dikira overweight. tapi masa seminar baru-baru ni...indicator nya tak sama, ikut negara. ada setengah negara yang kadar obesiti tinggi, > 18 sudah dikira overweight. kalau gitu..memang sudah parah aku ni. tapi Malaysia masih pada tahap 25, kalau tak salah. uhhh....lega sikit...ya...ada coklat dalam peti sejuk....nyam nyammm....

handphone

siapa dah register prepaid number? aku rasa orang Malaysia kebanyakannya macam aku juga, suka tunggu saat akhir. macam ada satu kesorokan ye. tapi tak adalah yang seronoknya kalau terpaksa berbaris sepanjang-panjang barisan semata-mata nak buat myKad. katanya mudah saja prosesnya. cuma pergi ke mana-mana cawangan celcom ke, maxis ke, digi ke, isi borang, daftar. tapi adik aku kata, takde isi borang apa pun, hulurkan je myKad, dia imbas...selesai...

buah tangan saya neh..

 

orang melayu kata,

                 jauh di mata, dekat di hati.

   orang putih kata,

                  out of sight, out of love.

   orang melayu kata,

                  enggang sama enggang, takkan sama dengan pipit.

   orang putih kata,

                  opposite attracts.

   orang melayu kata,

                  kalau hendak katakan hendak.

   orang jawa kata,

                  kue mok yo wes, aku golek sing lain wae.

kepada yang tak faham, silalah cari jurubahasa jawa anda sendiri.

 


Posted at 08:50 pm by chentaabadi
Make a comment  

Don't buy Vista Security
Next Page


Painting Frustration and Misery